
Saya telah mempengerusikan sesi Malaysia-China High-Level Trade and Investment Dialogue anjuran Malaysia-China Business Council (MCBC) bersama MITI, MIDA dan MATRADE. Dialog ini menghimpunkan pemimpin industri daripada 23 syarikat terkemuka China, sekali gus menyediakan platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala serta meneroka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan China. Sesi wacana bersama syarikat-syarikat terkemuka China membuka peluang baharu dalam kerjasama strategik, pengembangan pelaburan dan pengukuhan penyertaan Malaysia dalam rantaian bekalan global. Perbincangan merangkumi sektor berimpak tinggi seperti tenaga baharu dan bahan bateri bersama EVE Energy, Shenzhen Senior Technology, Capchem, Tinci dan XTC New Energy; peranti pintar dan teknologi digital bersama Xiaomi, Honor dan Tencent; teknologi perubatan bersama Mindray; serta pembuatan termaju, automasi, perkhidmatan kewangan dan logistik. Selain itu, beberapa syarikat utama China, termasuk Plastech China, Eternal Asia, Guangdong Import & Export Co. (GDIE) dan Kingfa Sci. & Tech., turut menerokapeluang mendapatkan bekalan produk dan bahan dari Malaysia bagi memenuhi keperluan operasi dan pasaran global mereka. Ini merangkumi sektor pembuatan bernilai tinggi, bahan kimia khusus, polimer, perkhidmatan digital dan produk berasaskan sawit. Usaha ini berpotensi membuka lebih banyak peluang eksport, memperluas pasaran serta meningkatkan penyertaan syarikat dan PKS tempatan dalam rantaian bekalan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih inklusif dan berdaya saing. Kerajaan MADANI komited untuk terus menarik pelaburan berkualiti yang membawa teknologi termaju, memperkukuh daya saing industri, memperkasa bakat tempatan dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, di samping memperluas peluang perdagangan serta mengukuhkan rantaian bekalan melalui peningkatan sumber dan perolehan tempatan. #APEC2026 #DiplomasiMADANI #YakinMADANI











































